Perak

Penanggal

Penanggal atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Di Sabah pula , entiti ini di panggil Balan-Balan . Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah.

Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain.


Video yang dipaparkan ini merupakan aktiviti penangkapan penanggal oleh salah seorang pengamal perubatan tradisional Melayu . Kesahihan video ini anda tentukan sendiri . Saksikanlah . . . .


4 comments: