Pulau Pinang

Muzium Perang


Muzium Perang Pulau Pinang ini terletak di Bukit Batu Maung yang merupakan kubu pertahanan asal pihak British sewaktu Perang Dunia Kedua. Muzium ini turut mengisahkan pelbagai aspek yang berlaku sewaktu Perang Dunia Kedua dan kehidupan penduduk yang terjejas waktu itu.


Ramai yang mungkin tidak sedar Muzium Perang Pulau Pinang di puncak Bukit Batu Maung adalah muzium terbesar di Asia Tenggara yang dibina pada 1930 dan digunakan untuk operasi ketenteraan British pada Oktober 1939.


Berbeza dengan muzium lain, pengunjung berpeluang merasa pengalaman melalui satu daripada tiga terowong keselamatan rahsia yang pernah digunakan tentera British dan Jepun.Bagaimanapun, untuk memasuki terowong keselamatan pertama yang panjang, gelap, sempit, berbelok-belok dan pasti amat menyeramkan itu, pengunjung perlu berjalan dalam keadaan tunduk.Satu terowong lain pula menghala ke laut yang kini ditutup kepada orang ramai, tetapi pernah digunakan sebagai terowong rahsia askar British meninggalkan Pulau Pinang untuk melarikan diri ke Singapura ketika Jepun menyerang.


Pengunjung juga berpeluang melawat dalam kubu yang terbahagi kepada tiga bangunan utama dengan melihat lebih dekat reka bentuk kubu yang menjadi tempat perlindungan askar apabila mendengar semboyan kecemasan dibina dengan teliti.Mengikut sejarah, kubu pertahanan British itu jatuh ke tangan tentera Jepun pada 1942 selepas satu pertempuran membabitkan lebih 1,500 anggota tentera British termasuk askar Punjab, Gurkha dan Melayu itu menyebabkan ramai tentera British mati dan cedera di tangan tentera Jepun.


Tentera Jepun kemudian menjadikan kubu itu tempat tahanan dan penyeksaan selama kira-kira dua tahun setengah sebelum menyerah kalah kepada Tentera Berikat pada 1945, sekali gus menamatkan Perang Dunia Kedua.




Bermula dari itu, kubu seluas lapan hektar itu ditinggal dan dibiarkan begitu saja menyebabkan ia dipenuhi semak, lumut dan kotor manakala haiwan liar di bukit itu menjadikan lokasi berkenaan sebagai habitat mereka.Bagaimanapun, selepas lebih 60 tahun diabaikan pada Oktober 2002, bekas kubu pertahanan British itu dijadikan Muzium Perang Pulau Pinang yang menyimpan pelbagai rahsia dan sejarah.


Saya di meja pegawai tentera jepun


Dengan lokasi ketinggian 75 meter dari aras laut, kubu usang yang dikelilingi rimbunan pokok itu masih berada dalam keadaan yang baik walaupun banyak kesan peluru dan bom di setiap bangunannya.Ketika itu, kubu berkenaan dijadikan pusat mengawal keselamatan tiga perempat daripada keseluruhan Pulau Pinang daripada serangan musuh dan ia dipamerkan kepada pengunjung dalam keadaan seperti lebih 60 tahun lalu.Malah, laluan pejalan kaki dan cat hijau suram di sesetengah bangunan terutama di berek askar, masih dikekalkan warna asalnya selepas terbiar apabila negara merdeka.


Adik saya Firdaus mencuba meriam di atas bukit War Museum ini


Berhampiran bangunan pertama terletak sebuah perigi sedalam 30.5 meter (100 kaki) iaitu laluan menghantar barang seperti senjata api dan sebagai laluan kecemasan.Dalam bangunan kedua pula banyak dipamerkan gambar koleksi peribadi dirakamkan tahanan perang ketika penjajahan Jepun, James Tait sekitar 1941 dan 1942.Untuk keluar dari bangunan berkenaan, pengunjung boleh memilih sama ada merangkak dalam terowong yang lebih kecil dan sempit sebelum terpaksa memanjat tangga besi menuju ke pintu keluar rahsia atau hanya melalui jalan biasa saja.


Kenangan di hadapan blok pegawai tentera jepun


Muzium itu mempunyai 29 lokasi perlu dikunjungi antaranya bilik teater terbuka, menara tinjau, 20 ruang menembak pesawat udara, penjana elektrik dan bilik rehat pegawai yang turut dijadikan bilik hukuman dan seksaan ketika zaman Jepun.Di bahagian belakang menara pemerhati yang terletak betul-betul di puncak Bukit Batu Maung pula, didirikan 12 berek berasingan untuk askar British, Melayu dan Gurkha mengikut pangkat masing-masing.Terdapat juga penjara, dapur, klinik, stor menyimpan barang dan bilik tukang masak.Malah, kebanyakan peralatan yang dipamerkan pula adalah artifak asal yang dijumpai ditapak berkenaan seperti kuali, peralatan untuk menyeksa tahanan dan serpihan pinggan mangkuk.


Patung gadis melayu yang dijadikan hamba seks


Artifak peninggalan tentera Jepun dan British yang ditemui dan kini dipamer kepada orang ramai menjadi bukti tempat itu pernah menjadi kubu pertahanan sebelum dijadikan muzium.Malah, terdapat juga gambar tokoh yang terbabit dalam Perang Dunia Kedua di Malaya turut dipamerkan seperti Jeneral Yamashita yang dikenali sebagai Harimau Malaya dan Jeneral MacArthur.


Laluan ke kem bawah tanah tentera jepun


Terdapat misteri disebalik muzium ini yang dapat saya rakamkan .


Makcik saya bergambar di dalam terowong sempit yang hanya memuatkan laluan seorang sahaja . Tahukah anda , terdapat objek misteri di dalam gambar ini ?


8 comments:

  1. apa yg misteri tu...x nmpk pun..huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. seram lak tgk patung wanita tu...huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Saya perasan..bahagian kiri bucu atas terowong..

    ReplyDelete
  4. Gambar makcik tu saya nmpk kt belakang dia, ada makhluk warna hijau betul kt atas kepala makcik. Sebelah kiri gambar. Kena zoom br nmpk

    ReplyDelete
  5. sy takut tgok patung perempuan tu heee

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..untuk sejarah muzium perang ni ada sumber rujukan seperti buku tak? di mana boleh dapat rujukannya?

    ReplyDelete
  7. tu cahaya lampu la....mana ada yg pelik pun

    ReplyDelete