MEJA PENULIS

Assallamualaikum dan salam sejahtera

Terima kasih kerana singgah di blog Misteri 14 Negeri . Blog ini merupakan gabungan dua agenda saya dalam memberikan pengetahuan kepada anda mengenai lokasi lawatan ke tempat-tempat menarik yang bersejarah di Malaysia serta mengupas misteri yang terdapat sebaliknya .

Lokasi di Muzium TUDM Sungai Besi , Kuala Lumpur

Di Malaysia, terdapat banyak tempat bersejarah dan unik untuk dilawati di setiap negeri . Setiap lokasi mempunyai sejarah dan asal-usulnya yang berbeza-beza . Bercerita tentang sejarah , pasti ada misteri yang sering kali berlaku di kawasan tersebut .

Secara amnya , penduduk Malaysia kurang berminat untuk mengetahui sejarah khususnya para remaja pada masa kini . Saya ada menemuramah beberapa orang remaja sekolah tentang subjek sejarah dan keputusannya hampir 70% mengatakan sejarah adalah merupakan subjek yang membosankan . Isu ini perlu dipandang serius kerana golongan remaja ini adalah pemangkin untuk masa depan negara . Tanpa sejarah orang dulu-dulu , siapalah kita . Mungkin blog ini sedikit sebanyak dapat menarik kembali remaja mencintai sejarah tanahair kita.

Segala cerita , gambar dan rakaman video yang dipaparkan adalah hasil dari persinggahan saya di beberapa lokasi bersejarah di Malaysia . Hasil dari kunjungan dan beberapa rakaman misteri ini , maka lahirlah blog Misteri 14 Negeri .